5 Cara Hilangkan Jeragat Guna Bahan Semulajadi

5 Cara Hilangkan Jeragat Guna Bahan Semulajadi

Cara Hilangkan Jeragat Menggunakan Bahan-Bahan Semulajadi

Sudah ramai yang berkongsi cara hilangkan jeragat di dalam internet.Cuma mungkin ada yang masih tak tahu cara hilangkan jeragat menggunakan bahan semulajadi.

Sebelum ini,ira ada share cara hilangkan jeragat dengan Aloe Vera dan Timun.Kita kena tahu dulu punca jeragat supaya kita dapat mengelakkan di masa-masa akan datang.

Yelah,antara perkara yang paling menakutkan bagi golongan wanita ialah jeragat di kulit muka.Ira memang faham sangat mereka yang mengalami masalah jeragat ini.

Kita akan rasa malu nak keluar rumah,nak keluar pergi kerja pun terpaksa tepek makeup tebal-tebal semata-mata nak tutup jeragat.Malah,keyakinan diri kita pun semakin kurang.Betul kan?

Iya,memang susah nak hilangkan jeragat ni.Lebih-lebih lagi jika sudah ada sejak dari kecil.Itu mungkin faktor keturunan.Tapi kita boleh pudarkan jeragat itu.

Ramai yang rasa putus asa,membazir duit dan redha dengan keadaan kulit muka yang berjeragat.Iyalah,dah cuba bermacam-macam produk tetapi tiada kesan.Ada yang sanggup berhabis duit pergi ke Saloon kecantikan namun masih tiada kesan yang memuaskan.Sebenarnya,kita tak boleh putus asa.Setiap penyakit pasti ada penawarnya.Yang penting kita usaha dan tawakal.

Mungkin produk itu,tak sesuai dengan kulit kita.Tapi sesuai dengan orang lain.Jadi,kita kena cuba sehingga kita jumpa dengan penawar masalah kulit kita.

Tak salah pun kita nak cuba bermacam-macam produk.Yang penting kita tahu kandungan dalam produk tersebut.Jangan ada bahan yang bersifat menghakis kulit.Dikhuatiri,kulit muka kita bertambah teruk.Pastikan:-

  • TIADA bahan kimia terlarang
  • TIADA paraben
  • TIADA pewarna tiruan
  • TIADA mercury
  • TIADA steroid
  • TIDAK menghakis kulit
  • TIADA kesan sampingan
  • TIADA BAHAN MENCURIGAKAN SEPERTI PLASTIK ATAUPUN BENDASING LAIN

Selain cari produk yang lulus KKM,pastikan juga ianya Halal dan paling bagus kandungan dalam produk itu berasaskan bahan semulajadi.

Mungkin ada yang sudah tahu cara hilangkan jeragat yang Ira nak kongsi ini,tetapi masih ramai di luar sana yang mungkin belum tahu kan.

Jadi,apa kata kita kongsikan supaya ramai yang tahu dan cuba.Manalah tahu ianya berkesan.Lagipun ini cara hilangkan jeragat secara semulajadi.InsyaAllah tiada kesan sampingan.

Cara Hilangkan Jeragat

Kentang

cara-hilangkan-jeragat-kentang

Ternyata kentang bukan sahaja boleh dimakan,namun baik untuk kulit muka kita.Kentang mengandungi khasiat untuk:

  • Mencerahkan wajah
  • Menghilangkan bintik-bintik hitam
  • Mengatasi masalah jerawat
  • Menghilangkan jeragat

Caranya sangat mudah:-

  1. Hiris kentang(jangan terlalu nipis)
  2. Rendam dalam air
  3. Gosokkan pada kulit muka secara perlahan-lahan selama beberapa minit.
  4. Biarkan seketika,kemudian bilas.

CUKA EPAL

cara-hilangkan-jeragat-cuka-epal

Umum mengetahui kebaikan makan cuka epal ini.Banyak khasiat yang terkandung dalam cuka epal.Namun,cuka epal juga boleh dimanfaatkan pada kulit muka kita.Caranya:-

  1. Campurkan cuka epal dan air dengan nisbah 1:1
  2. Sapukan pada kulit muka
  3. Biarkan beberapa minit dan bilas
  4. Konsisten lakukan setiap hari selama sebulan.

Anda akan nampak perubahannya.Sekiranya baik,boleh teruskan sehingga bahagian kulit muka yang bermasalah hilang.

KUNYIT

cara-hilangkan-jeragat-guna-kunyit
Kunyit boleh menghilangkan jeragat dan melindungi kulit dari jangkitan.Caranya:-

  1. Camppurkan satu sudu teh kunyit dengan jus lemon.
  2. Sapukan pada kulit muka yang bermasalah.
  3. Biarkan 10-15 minit,kemudian bilas dengan air sejuk.
  4. Boleh buat sebelum mandi.

Aloe Vera


manfaat aloe vera untuk kulit muka memang banyak.Antaranya:-

  1. Mencerahkan wajah
  2. Melindungi dari sinar matahari
  3. Mengecut dan menghilangkan jeragat
  4. Mengatasi kulit kering dan berminyak.
  5. Menghilangkan jeragat.
  6. Memperbaiki sel-sel kulit yang mati

Caranya mudah:-

  1. Campurkan jel aloe vera dengan madu
  2. Biarkan selama 5-10 minit
  3. Lumurkan pada kulit muka
  4. Selepas 20-30 minit boleh bilas dengan air suam.
  5. Lakukan setiap hari sekali sehingga mendapat hasil yang anda inginkan

Lemon

cara-hilangkan-jeragat-madu-lemon
Mengandungi asid sitrik yang membantu membersihkan kulit dari kotoran dan mampu menghilangkan jeragat.Bukan sahaja sedap dibuat ice lemon tea,malah boleh menghilangkan bintik-bintik hitam dimuka dengan berkesan.

Caranya ialah:-

  1. Potong lemon (jangan terlalu nipis)
  2. Gosokkan pada kulit muka(pedih kalau ada luka)
  3. Biarkan 10-15 minit dan bilas.
  4. Boleh juga dicampur dengan madu asli.

Selepas dah gosok kulit muka,yang baki tu anda boleh gosok kuku sekali.Hehe

Kuku pun boleh bersih dan berkilat selepas di cuci menggunakan lemon.Tapi kena jaga-jaga jangan sampai termasuk dalam mata pula.Huhu.

Redha itu memangla bagus,tetapi dalam masa yang sama kita ikhtiar cara hilangkan jeragat yang lain.Kalau tak dapat hilangkan pun,tapi kalau dapat kurangkan dari merebak ke seluruh muka itupun sudah cukup baik.Betul tak?

Mesti stress dengan masalah jeragat ini kan?

KESAN MEMAKAI ALOE VERA SOOTHING GEL  DI MUKA

  • Jerawat makin kurang
  • Jeragat dah mula pudar
  • Blackhead degil terkeluar sendiri
  • Kulit muka kurang berminyak
  • Parut jerawat baru cepat pudar
  • Muka makin glowing dan tidak kusam lagi
  • Pori-pori makin mengecil
  • Kulit serta merta lembut dan lembab seperti pelakon korea
  • Kulit kering terus hilang dan kulit terasa segar seperti lepas mencuci muka

Nak kan kulit idaman yang bebas masalah jerawat, jeragat, kulit kusam dan bermacam-macam lagi?
.
Aloe Vera Soothing Gel ni tak mahal mana pun.Tapi banyak manfaat yang kita dapat.Paling best lebih jimat sebab boleh tahan 2-3 bulan.

.
Jika anda serius nak kan kulit yang sihat dan cantik,Ira cadangkan anda cuba dulu Aloe Vera Soothing Gel ini.Ada pelbagai cara hilangkan jeragat dengan aloe vera.

This Post Has 12 Comments

  1. suka tengok kulit yang bersih, senang nak makeup

    1. i like

  2. Bagusnya…bmyk petua tradisional boleh diamalkan utk hilangkan jeragat

    1. Saya hanya share sahaja.Terima kasih sudi singgah di blog saya.

  3. Hi..saya nak bertanyakan pasal produk ni…saya mengalami masalah jeragat..membuatkan saya malu dan kurang yakin pada diri apabila berjumpa dengan kawan2….😑 ..saya mau tahu harga dan keberkesanan nya juga..
    Kuching,Sarawak..
    Tq

    1. Hi,boleh whatsapp saya di talian 0122966492 untuk maklumat selanjutnya.

  4. Wah, memang nampak perbezaan yang ketara. Penggunaan bahan di dapur sebenarnya boleh membantu masalah jeragat, cuma perlu kerajinan yang tinggi dan konsisten. Kalau ada cara yang lebih mudah, lebih baik.

    1. Terima kasih sudi baca perkongsian saya.

  5. Wahh.. magic jelly tu bettul2 magic ya.. Opah pun teringin nak mencoba jugak ni

    1. terbaikla opah..terima kasih sudi singgah blog saya.

Leave a Reply

Close Menu
× Boleh whatsapp untuk bantuan
×
×

Cart

%d bloggers like this: