Petua Hilangkan Jeragat Turun Temurun

Petua Hilangkan Jeragat Turun Temurun

Petua Hilangkan Jeragat Cara Tradisional

Hai Semua! Hari ni Ira akan kongsi pula dekat semua  berkenaan  petua hilangkan jeragat. Haa! tahukan  jeragat ni bukan sejenis penyakit kulit yang  berbahaya tetapi mencacatkan penampilan seseorang lagi-lagi yang bekerjaya kan?Jom ikut petua hilangkan jeragat yang Ira nak kongsi ini.

Memang tidak dinafikan bahawa setiap orang pasti akan mengalami masalah kulit tanpa mengira peringkat usia dan sebab itu la pakar kulit sangat menekankan rutin  penjagaan kulit bagi anda bebas dari masalah jeragat ini.

Macam mana rupa jeragat ni?

petua-hilangkan-jeragat

credit justaboutskin.com

Baca juga: Hilangkan Jeragat Guna Aloe Vera Dan Timun

Jeragat ni berbentuk bintik-bintik atau tompok-tompok  hitam atau coklat yang penuh berada di pipi , dahi dan hidung dan sudah tentu menjadikan tona kulit kita tak sekata.Bila jeragat ini berlaku di wajah kita lagi-lagi yang bekerjaya semestinya menjadi masalah kurang keyakinan berhadapan dengan orang ramai,keluarga ,rakan-rakan terutama sekali yang dah ada suami , mesti kadang-kadang rasa murung takut suami tak berapa suka tengok muka kita.

OK! Jadi apa punca sebenarnya jeragat boleh terjadi?

Jeragat ni berpunca antaranya ialah :

  • Kulit yang selalu terdedah kepada sinaran UV cahaya matahari.
  • Kurang beri perhatian terhadap rutin penjagaan kulit seperti tidak memakai sunblock.
  • Pengambilan ubat-ubatan yang mengawal hormon anda seperti pil perancang atau pil hormon thyroid.
  • Pemakaian alat solek yang bermutu rendah dan tidak berkualiti.
  • Tidak membersihkan secara betul tanpa mengunakan makeup remover.

Dan banyak lagi sebenarnya punca-punca jeragat terjadi.

Jeragat ni mengambil masa yang lama untuk hilangkan sebab itu kita kena konsisten dalam rutin penjagaan kulit barulah nampak hasil.Tak cemburu ke tengok muka kawan-kawan yang bebas jeragat  ni.Haa jadi sebab itulah ira akan kongsi PETUA HILANGKAN JERAGAT SECARA TRADISIONAL.

PETUA HILANGKAN JERAGAT MENGGUNAKAN BAHAN SEMULAJADI

MADU

petua-hilangkan-jeragat-madu

credit mingguanwanita.my

Ambil madu dan gula untuk dijadikan sebagai skrub.Biarkan dalam 15-20minit ,kemudian boleh bilas dengan air.Amalkan 3 kali seminggu.Madu berpotensi untuk menanggalkan sel kulit mati kerana kandungan asid organiknya,  seperti gluconic acid, lalu berpotensi mencerahkan kulit selain berfungsi sebagai anti radang dan antibakteria.

BETIK

petua-hilangkan-jeragat-betik

Ambil isi buah betik dan ramaskan isinya untuk dijadikan sebagai mask. Urut di muka secara perlahan-lahan. Bilas dengan air bersih.

Betik mempunyai enzim dikenali papain yang berpotensi mencerahkan pigmentasi dan membuang sel kulit yang mati.

DAUN SIREH

petua-hilangkan-jeragat-daun-sireh

Ambil beberapa daun sireh muda, kemudian simpan daun sireh ini di dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai daun sireh dan gosokkan di kawasan jeragat. Biar kering sebentar dan bilas dengan air suam.

HAMPAS KELAPA

petua-hilangkan-jeragat-hampas-kelapa

Hampas kelapa selepas diperah santannya jangan dibuang tau. Ambil sedikit hampas kepala tu kemudian gosok-gosok di muka, biar selama 15 min kemudian cuci dengan air suam. selain boleh memudarkan jeragat ia juga boleh menghalus dan menggebukan kulit.

KULIT PISANG

petua-hilangkan-jeragat-kulit-pisang

Jika makan pisang  tu jangan lagi buang kulitnya tu. Sapu-sapu dulu di kawasan yang naik jeragat tu, biar kering sekejap kemudian bilas dengan air.

KUNYIT

petua-hilangkan-jeragat-kunyit

Tumbuk 1cm kunyit hidup hingga lumat, campurkan sedikit tepung ubi dan juga perahan air limau nipis/purut srta 1 biji putih telur. Gaul sebati dan sapu di muka. Biar lebih kurang 20 minit kemudian bilas dengan air suam.

ALOE VERA

 

Ambil daun lidah buaya atau lebih dikenali aloevera kemudian basuh dahulu dengan bersih.Belahkan kepada dua bahagian dan ambil gel lidah buaya tu dan sapu dimuka dengan lembut.Biarkan sehingga kering kemudian bilas dengan air.

Haa mudahkan nak buat petua-petua ni.Tapi ia faham ramai wanita-wanita luar sana tak punya masa nak buat semua ni disebabkan masa terlalu terhad.

Jadi Ira akan kenalkan satu produk yang boleh menyelesaikan masalah anda.Produk ini membantu anda menjimatkan masa rutin penjagaaan kecantikan diri.Di samping itu,packaging yang mudah dibawa kemana-mana dan tahan panas cahaya matahari.

Aloe Vera Soothing Gel,mempunyai kelebihan yang baik antaranya menghilangkan jeragat,jerawat,parut,luka,kulit gatal,bibir kering dan macam-macam lagi.Boleh baca detail di artikel

5 Cara Hilangkan Jeragat Guna Bahan Semulajadi

Produk yang dihasilkan berasakan ALOE VERA YANG TIDAK MELEKIT dan tekstur gel yang sejuk dan mudah meresap kedalam kulit supaya dapat merawat masalah kulit dengan cepat.

Bukan semua orang boleh terima masalah jeragat ni,ada yang memang sampai stress.Kurang keyakinan diri dan malu nak keluar rumah.Mungkin anda dah cuba pelbagai kaedah sebelum ini.Apa kata anda cuba pula petua hilangkan jeragat yang Ira kongsikan ini.Manela tahu ianya sesuai dengan kulit anda.Goodluck 

This Post Has 3 Comments

  1. Banyak petua semulajadi ya untuk hilangkan jeragat ni. Jeragat memang akan kurangkan penampilan dan keyakinan diri seseorang tu, jadi memang wajib usaha untuk hilangkannya. Selamt berjaya yang mencuba!

    1. Terima kasih puan yang baik

Leave a Reply

Close Menu
× Boleh whatsapp untuk bantuan
×
×

Cart

%d bloggers like this: