Petua Hilangkan Jerawat Batu Dengan Mudah Dan Berkesan

Petua Hilangkan Jerawat Batu Dengan Mudah Dan Berkesan

Nak Petua Hilangkan Jerawat Batu?

5 Petua hilangkan jerawat batu menggunakan bahan semulajadi.Mungkin masih ramai yang tak tahu petua hilangkan jerawat batu dengan berkesan tanpa menggunakan krim atau gel yang merbahaya pada kulit.

Hai semua, maaf la lama pulak ira senyap.Sebelum ni ira ada share berkenaan dengan 3 cara menghilangkan jerawat dengan cepat.Kali ni pula ira nak share dekat awak-awak semua berkenaan petua hilangkan jerawat batu.

Setiap orang mesti rimas apabila ada jerawat batu dekat muka.Kadang tu rasa berdenyut-denyut atau pedih kan.Bila sebiji dah naik kemungkinan boleh naik lagi sebijik, lagi-lagi yang jenis suka picit.Bila jerawat dah menghantui anda sudah tentu sesetengah orang akan hilang keyakinan diri ketika berdepan di khalayak ramai.

petua hilangkan jerawat batu

Kredit gambar dari https://lifehacks.io

Jerawat batu boleh menjadikan  satu keadaan kulit yang amat menyakitkan sehingga meninggalkan parut hitam .Walaupun ada sesetengah parut jerawat akan pudar dengan sendirinya selepas beberapa bulan, ada juga beberapa cara tertentu yang boleh anda lakukan untuk membantu mempercepatkan proses menghilangkan parut jerawat.

Secara umumnya, anda tidak akan dapat menghilangkan jerawat batu dalam satu malam.Tetapi penggunaan produk, rawatan dan petua-petua penjagaan kulit dapat mengurangkan seterusnya menghilangkan bekas jerawat tersebut.Anda semua akan dapat hasil  perbezaan ketara selepas beberapa hari. Pastikan cara yang ira share ni sesuai dengan kulit anda tau.

5 Petua Hilangkan Jerawat Batu Dan Parut Jerawat.

  1. Menggunakan Madu dan Putih Telur Sebagai Mask Muka

petua hilangkan jerawat batu putih telurkredit gambar http://facemasknow.com

Penggunaan madu dan putih telur dapat digunakan untuk hilangkan bekas jerawat batu secara cepat.Caranya ialah ambil madu dan putih telur.Campurkannya dan jadikannya sebagai mask muka.Lakukan sebelum tidur dan biarkan sehingga kering Esok pagi baru bilas dengan air.Buat secara konsisten ya.

  1. Menggunakan Gel Lidah Buaya (Aloe vera)

Lidah buaya dikenali sebagai aloe vera iaitu tumbuhan yang dapat memberikan kesuburan rambut dan menghilangkan pelbagai masalah kulit muka.Gel lidah buaya ini juga dapat menghilangkan bekas jerawat dengan mudah.Caranya campurkan gel lidah buaya dengan putih telur dan sapukan di muka. Biar sehingga 30minit kemudian bilas dengan air sejuk.Lakukan setiap hari sebelum tidur, In shaa Allah bekas jerawat batu akan beransur hilang.

  1. Menggunakan Bawang putih

petua hilangkan jerawat

Bawang putih selalu dikenali sebagai penawar penyakit selsema , batuk dan ketumbit.Haa dengan bawang putih pun dapat hilangkan parut jerawat dan cara-caranya ialah ambil 2-3 ulas bawang putih dan tumbuk secara halus kemudian sapukan ditempat bekas jerawat.Bau bawang putih ni kuat sedikit ya.Lakukan 2 hari sekali secara berterusan pasti anda akan nampak hasilnya.Bawang putih ni sifatnya panas,mungkin ada rasa pedih sikit.Kalau tak tahan jangan buat.

  1. Menggunakan Tomato Sebagai Mask Muka

hilangkan jerawat batu dengan tomato

Tomato yang kaya dengan kandungan vitamin C ini dapat membantu masalah parut jerawat atau kulit kering.Caranya ialah ambil sebiji buah tomato dan ramas2 sehingga keluar airnya.Sapukan dimuka anda secara lembut dan  biarkan sehingga kering kemudian bilas dengan air.Bukan sahaja dapat hilangkan parut jerawat malah juga dapat mencerahkan kulit.Lakukan setiap hari sebelum tidur.Selain sapu di muka,tomato juga boleh dimakan.Lepas ni kalau nampak tomato dalam makanan jangan asingkan letak tepi pula ya.Banyak khasiat tomato ni.

  1. Dengan Menggunakan Ais Batu

tips menghilangkan jerawat ais batu

Ais batu ni cara yang paling mudah.Ambil je ais batu dekat peti ais rumah anda tu, tapi sebelum tu cuci muka dengan bersih dahulu.Gosokkan ais batu pada muka anda dengan keadaan memutar dan secara lembut.Biarkan seketika.Haa mesti awak2 semua rasa sejuknya kulit muka dan tegangkan.

Amalkan petua hilangkan jerawat batu ni setiap hari sebelum tidur dan selepas bangun tidur.Bukan parut jerawat je hilang.Mata panda pun hilang.Kulit pun akan rasa lebih tegang dan segar.

Haa itu sahaja caranya.Sebelum tu ira nak pesan dekat anda semua kalau guna cara ni pun pastikan anda jaga juga pantang larang.Kalau yang jenis ada allergic seafood,kacang atau coklat.Please kawal.Bukan tu sahaja, kalau ada jerawat , jangan picit.Picit nanti akan merebak bakteria satu muka dan sebab itula ada parut jerawat hitam.

Boleh juga baca Punca Jerawat Makin Bertambah

Tapi kalau nak cara yang lebih mudah ,ira ada nak kenalkan satu produk yang menggunakan salah satu bahan diatas iaitu aloevera.Produk yang dihasilkan dengan kandungan ALOEVERA,MENTIMUN,SENGKUANG & BUNGA CHAMOMILE ini dikenali sebagai   MAGIC JELLY LOVERA.

Bagaimana Aloe Vera Soothing Gel Boleh Membantu Anda Hilangkan Jerawat Batu ?

Produk ini semestinya bebas daripada paraben,merkuri dan segala bahan kimia serta selamat digunakan untuk semua peringkat umur.Produk ini Halal dan bebas dari segala campuran haiwan.

Produk ini lebih mengutamakan rawatan kulit dari memutih.Teksturnya berbentuk  gel dan tidak melekit siap  dipacking dengan bekas yg mudah dibawa kemana sahaja dan sangat mudah digunakan.

Kelebihan Aloe Vera Soothing Gel

  • Menghilangkan jerawat
  • Menghilangkan jeragat
  • Menghilangkan bekas jerawat
  • Melembabkan kulit
  • Bebas dari agen pemutih
  • Menegangkan kulit
  • Mengecilkan pori terbuka
  • Merawat sunburn
  • Mencegah pengelupasan

Oklah, setakat ini sahaja ira share utk malam ni.Semoga petua hilangkan jerawat batu ini dpt memberi manfaat kepada anda semua dan berjaya mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.

This Post Has 2 Comments

  1. Cara penggunaan madu tu setip hri sblom tidur .. mlm sblom tido kene cuci muka pkai pencuci or just guna tomato tu je untuk mlam ?

    1. Hi siti,biasanya tomato tu dibuat macam mask muka jek..lepastu cuci balik muka tu gunala pencuci muka.

Leave a Reply

Close Menu
× Boleh whatsapp untuk bantuan
×
×

Cart

%d bloggers like this: