Punca Jerawat Makin Bertambah

Punca Jerawat Makin Bertambah

Apa Sebenarnya Punca Jerawat?

Punca Jerawat AVARISE KOREAN MASK gold 3

Punca Jerawat atau acne vulgaris merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang akhir baligh disebabkan oleh perubahan hormon badan. Bagaimanapun punca jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan dan salah penjagaan kulit.)Sekiranya semakin teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan.

Masalah ini, boleh menggugat keyakinan seseorang dan boleh menjejaskan interaksi sosial. Ramai orang tak tahu bagaimana nak selesaikan masalah tersebut, cara terbaik untuk mencegah dan menangani ini bermula dengan mengetahui masalah sebenar yang anda hadapi.

Apa Punca Jerawat Makin Bertambah ?

Terdapat laporan yang menunjukkan bahawa masalah ini kerap berlaku dalam kalangan remaja yang berumur dari 12 tahun. Semasa proses kematangan berlaku, kelenjar-kelenjar minyak menjadi aktif kerana penghasilan sebum akibat perubahan hormon. Kegagalan folikel pilosebaceous untuk berfungsi dengan baik ketika perubahan hormone dalam tempoh masa remaja akan menyebabkan ianya tumbuh. Hormon yang dimaksudkan adalah hormone testeron.

Hormon testeron biasanya akan ditukarkan kepada dihidrotesteron di dalam kulit dan bertindak terus pada kelenjar minyak untuk meningkatkan saiz dan kadar metabolic fizikal. Individu yang mempunyai kulit sensitif akan mengalami masalah penghasilan sebum yang berlebihan ataupun mengalami kekeringan kulit yang agak ketara. Fungsi sebum adalah untuk menjadi pelincir bagi membuatkan kulit lebih gebu dan lembut, lapisan pelindung kepada rambut dan kulit supaya tidak mengalami kekeringan ekstrem dan bagi mengekal kehidratan (kelembapan) kulit dan rambut. Kelenjar minyak sebenarnya mengandungi sejenis bakteria iaitu propionibacterium acne. Bakteria ini mampu mengubah sebum berlebihan kepada asid lemak yang akhirnya menyebabkan keradangan kulit.

cara hilangkan jeragat guna sabun herba tok aki

Punca Jerawat Makin Teruk

  1. Salah Penggunaan Produk-Ramai yang tak tahu adakah produk yang diguna sesuai dengan kulit muka mereka
  2. Tidak Ikut Nasihat Doktor-Sepatutnya kita perlu berjumpa doktor jika ianya semakin makin teruk,bukannya beli pelbagai produk dan guna
  3. Suka Picit-Tangan kotor,selepas itu,tangan gatal nak picit,akhirnya merebak ke seluruh muka
  4. Alahan – Perlu tahu anda alahan dengan makanan apa?Jika selepas anda makan udang&sotong,benda tu muncul dan bertambah,itu maknanya anda tak boleh makan makanan tersebut
  5. Stress – Tak berehat dengan secukupnya,kuat berangan,masalah di tempat kerja atau masalah perhubungan

Baca Juga : 3 Cara Menghilangkan Jerawat

Cerita Ini Ira Share Pada Anda Semua

Iday ada la juga try beberapa jenis produk. Ada yang okay then tiba-tiba tak okay. Tapi mungkin sebab tak sesuai dengan kulit Iday. Tapi Iday sekarang memang elak guna produk yang ada alkohol. Hari tu terpakai sunscreen ada alkohol, jerawat datang buat majlis dekat muka. Hahaha

Cetaphil Cleanser – Iday pakai tapi kulit rasa pedih-pedih, so Iday stop sebab tak sesuai dengan kulit. Kalau korang pakai dan okay. Teruskan je hehehe

Himalaya Purifying Neem Face Wash – Mula-mula pakai memang okay, jerawat kurang naik tapi kulit rasa sangat kering. Macam tegang sangat. So Iday stop pakai Himalaya Purifying Neem Face Wash. Iday sempat pakai 2 bekas jugak la.

Then Iday basuh muka dengan madu, yang original tu. Jerawat stop naik, tapi kejap je. Then naik balik dengan meriahnya.

Then Iday pakai Heimish All Clean Balm + Olay Cleanser. Kiranya Iday buat double cleansing method. Macam Himalaya tu, bertahan sebulan lebih without jerawat then naik balik. Hahaha

Memang nak give up dah sebenarnya. Tapi gigih buat research betul-betul, akhirnya Iday buat keputusan danpakai produk cosrx dan sunscreen dari biore. Iday dah pakai dekat 2 minggu.

Okay ke produk tu? Setakat Iday pakai ni, kulit makin okay. Nanti Iday share di next post ye sebab still nak tengok dulu sejauh mana produk ini akan tolong Iday merawat kulit Iday ni. Hehehe

Boleh baca blog beliau di http://www.sayaiday.com

Punca Jerawat Aloe Vera Soothing Gel

Baca Juga : Tips Hilangkan Jerawat Pasir

Bila kulit muka dah cantik dan licin,barulah kita menjadi lebih yakin.Cari penyelesaian masalah punca jerawat anda segera sebelum merebak dan bertambah teruk.

Leave a Reply

Close Menu
× Boleh whatsapp untuk bantuan
×
×

Cart

%d bloggers like this: