7 Tips Hilangkan Jerawat Pasir Sebelum Bertambah Teruk

7 Tips Hilangkan Jerawat Pasir Sebelum Bertambah Teruk

Jom Cuba Tips Hilangkan Jerawat Pasir Dengan Bahan Semulajadi.

Tips hilangkan jerawat pasir ini sangat mudah untuk dilakukan.Mungkin ada tips hilangkan jerawat pasir yang lebih berkesan.Anda boleh komen di bahagian bawah supaya ramai yang mendapat manfaat.

Masalah jerawat pasir ni sering berlaku kepada kaum wanita.Terutamanya golongan remaja.Tetapi bukan wanita sahaja,kaum lelaki pun ada jerawat tau.

Banyak punca berlaku nya jerawat ni antaranya alahan makanan,masalah hormon,salah rutin penjagaan kulit dan macam-macam punca lagi.Jerawat merupakan merupakan penyakit yang mempengaruhi kelenjar minyak pada kulit. Lubang kecil di kulit (pori-pori) terhubung dengan kelenjar minyak di bawah kulit. Kelenjar ini membuat zat berminyak yang disebut sebum tersumbat dan jadilah JERAWAT atau PIMPLES.

tips hilangkan jerawat pasir

Jerawat pasir ni bukan penyakit kulit yang membahayakan, tetapi bila ada jerawat ni dekat muka sudah tentu hilang keyakinan diri lagi-lagi untuk mereka yang kerjanya selalu berjumpa dengan client.Of coz malu kan.Kenapa jerawat ni boleh berlaku walau macam-macam produk dah cuba.

Ini antara punca-punca jerawat berlaku, jom baca dulu mana tahu ada yang tak tahu apa sebabnya jerawat ni terjadi.

Baca Juga : Petua Hilangkan Jerawat Batu

Perubahan Hormon

Jerawat sering berlaku dikalangan remaja dan dewasa.Biasanya masalah ini berlaku  kerana  perubahan  hormon period,ketika hamil dan juga stress.Benda ni biasa berlaku kepada kaum perempuan.Biasalah kalau kulit flawless semacam, tiada jerawat satu pun takut juga kan.So menjadi kebiasaan kalau 1 2 biji yang muncul.Cari penawar hilang la jerawat tu.

Makeup Berlebihan

Khususnya  kepada perempuan, pemakaian produk make-up berlebihan atau produk makeup yg  tidak sesuai dengan keadaan kulit boleh menyebabkan jerawat.Sebab tu sebelum cuci muka ,cuci makeup dengan remover mekap terlebih dahulu,selepas itu, baru lah cuci dengan cleanser. Baru rasa kulit ni bersih.

tips hilangkan jerawat pasir makeup

Resdung Atau Alahan

Semua  orang sebenarnya  ada resdung cuma kuat dan tak kuat je.Termasuk la kalau ada alahan makanan terhadap seafood , kacang ,coklat .Memang tak boleh nak buat apa kena jaga pemakanan dan makan makanan yg berkhasiat.Kita kena kenalpasti makanan yang kita alah.Boleh cuba sabun herba Tok Aki untuk hilangkan jerawat pasir di sebabkan resdung

Kerap Pegang Muka Dan Picit Jerawat

Tangan kita ni selalu terdedah dengan benda kotor lepastu selalu pegang-pegang muka.Sebab itu naik biji-biji kecik atau lebih dikenali dengan jerawat pasir.Rasa geram je nak picitkan? Tapi bila kita picit ,ianya boleh merebak kepada bahagian lain tau.So, jangan kerap pegang muka dan picit jerawat.

Tukar Sarung Bantal Dan Cadar Tilam

Seminggu sekali tukar la sarung bantal dan cadar tilam tu.Sebabnya banyak bakteria dan habuk-habuk yg melekat, nanti kena dekat muka boleh timbul jerawat.Jadi jangan malas ya.Hehehe.

Jangan Terlalu Terdedah Kepada Cahaya Matahari

Matahari pagi tu bagusla.Tapi kalau dah tengahari nak keluar pergi makan tu tak elok.Lagi-lagi kalau muka tak pakai sebarang sunblock,ianya boleh merosakkan kulit dan sebab tu la kulit selalu bermasalah.Nak jimat beli produk yang ada SPF 15 untuk melindungi kulit muka dari sun rays.

tips menghilangkan jerawat sun rays

Jadi jangan risau,ira akan share

7 Tips Hilangkan Jerawat Pasir.

ASAM  JAWA

  • Ambil sedikit asam dan campurkan dengan sedikit air.Jangan bancuh terlalu cair.Jadikan sebagai mask kemudian sapu kemuka hingga kering.Amalkan setiap hari sebelum tidur .In shaa Allah beransur pulih.

ALOE VERA

  • Cari Aloe Vera kemudian belahkan kepada dua bahagian dan keluarkan jelly nya.Sapu jelly ke muka dan biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air..Amalkan tiga kali seminggu,sebaiknya sebelum tidur.

tips menghilangkan jerawat aloe vera

KULIT KAYU MANIS

  • Beli serbuk kulit kayu manis dan campurkan dengan air dan bedak sejuk.Sapu di muka sehingga kering.Amalkan 3 kali seminggu pasti jerawat beransur pulih.Serbuk jangan letak banyak sangat.Sebab kayu manis bersifat panas.Pedih muka nanti.

MADU DAN LEMON

  • Colek sedikit madu dan perahan lemon.Gaulkan sebati, kemudian sapu di muka sebelum tidur.Esok pagi cuci dengan air suam.Amalkan sehari dua kali.Madu tu pastikan yang asli ye,bukan madu untuk masakan.Tak pasal-pasal bersemut muka esok pagi.Huhu..

SERBUK KUNYIT

  • Ambil sedikit serbuk kunyit dan sesudu yogurt.Campurkan sebati jangan terlalu cair.Sapukan dimuka dan biarkan 30minit kemudian bilas.Kalau nak guna kunyit hidup pun boleh tapi nanti muka akan kekuningan sedikit.Cuci muka dengan scrub supaya kuningnya mudah tanggal.Lebihan yogurt bolehla makan.Beli yogurt asli,jangan perisa strawberry pula.

AIS BATU

tips menghilangkan jerawat ais batu

  • Yang ini paling senang nak buat.Ambil dekat peti ais dan sapu dimuka sebelum tidur dan selepas bangun tidur.Bukan sahaja jerawat kecut tapi boleh tegangkan kulit.

TIMUN

  • Blender timun tu dengan kulit-kulit sekali.Jangan terlalu cair.Sapukan dimuka dengan lembut sehingga kering kemudian bilas dengan air .Amalkan setiap hari sebelum tidur.

Haa mudahkan?

Semuanya menggunakan bahan semulajadi tanpa perlu was-was.Jadi sesiapa ada masalah jerawat boleh cuba tips hilangkan jerawat pasir ini.

Kalau malas sangat haa meh irra nak kenalkan satu produk yang ada menggunakan salah satu bahan seperti diatas iaitu ALOE VERA . Produk ni lebih  dikenali sebagai Aloe Vera Soothing Gel.

hilangkan jeragat AloeVera Soothing Gel all skin type

Produk ini semestinya bebas daripada paraben,merkuri dan segala bahan kimia berbahaya serta selamat digunakan untuk semua peringkat umur.

Produk ini lebih mengutamakan rawatan kulit dari memutih.Teksturnya berbentuk  gel dan tidak melekit siap  dipacking dengan bekas yg mudah dibawa kemana sahaja dan sangat mudah digunakan.

Kebaikan Aloe Vera Soothing Gel

  • Menghilangkan jerawat
  • Menghilangkan parut
  • Melembabkan kulit
  • Bebas dari agen pemutih
  • Menegangkan kulit
  • Mengecilkan pori terbuka
  • Merawat sunburn
  • Mencegah pengelupasan
  • Menghilangkan jeragat
  • Menghilangkan bekas jerawat

Baca juga 3 cara menghilangkan jerawat dengan cepat

Ok setakat ini sahaja ira share untuk kali ini.Semoga tips ini dpt memberi manfaat kepada anda semua supaya kulit bebas dari masalah jerawat.Jangan lupa amalkan tips hilangkan jerawat pasir ini ya.

Terima kasih,sekiranya bermanfaat bolehla share ya.

This Post Has 2 Comments

  1. kehadiran jerawat memang susah nak dikawal, tapi kalau kita berusaha untuk mencegahnya itus yang terbaik kan 🙂

    1. Yeah betul tu,terima kasih sudi singgah Jaja

Leave a Reply

Close Menu
× Boleh whatsapp untuk bantuan
×
×

Cart

%d bloggers like this: