Cara Mengatasi Kulit Kering Dan Gatal Dengan Bahan Yang Mudah Didapati Di Rumah

Cara Mengatasi Kulit Kering Dan Gatal Dengan Bahan Yang Mudah Didapati Di Rumah

Anda Mempunyai Masalah Kulit Kering Dan Gatal?

5 Cara Mengatasi kulit kering dan gatal

Kulit kering dan gatal biasanya menjadi masalah kepada yang ingin menjaga penampilan lebih2 wanita yang bekerja.Kulit kering dan gatal ni biasanya berbentuk kasar,kusam serta kemerahan.Kulit kering dan gatal terjadi akibat beberapa factor antaranya kekurangan air dalam badan dan juga alahan.

Perkara ini dapat membuatkan seseorang nampak lebih tua dari usianya.Namun ada beberapa bahan-bahan semulajadi yang boleh anda amalkan seminggu sekali atau dua kali semingu.Kena la rajin sikit kalau nak kulit lembap dan cantik.

Para wanita yang mengalami masalah ini, wajib memakai pelembab untuk kulit kering.Pelbagai produk anda boleh dapatkan di pasaran.Anda juga boleh mencuba produk Aloe Vera Soothing Gel yang bertindak sebagai pelembab untuk kulit kering.Irra juga sekarang tengah cuba cetaphil untuk kulit kering.Best juga produk tu,murah dan berkesan.

5 Cara Mengatasi Kulit Kering dan Gatal

Cara Mengatasi kulit kering dan gatal

Madu

Siapa yang tidak kenal dengan madu? Madu biasanya digunakan untuk kesihatan atau sebagai penambah rasa di dalam makanan. Namun, madu juga mempunyai fungsi lain dalam kesihatan kulit wajah. Madu mampu membuat wajah anda lebih lembab agar tidak membuat wajah anda menjadi kering.

Caranya cukup mudah, anda hanya perlu mengambil 5 sudu makan madu kemudian dicampur dengan yogurt. Campurkan dengan sebati , jadikan ia sebagai masker.Biarkan selama 20 minit kemudian bilas dengan air bersih.

Minyak Zaitun

Cara menggunakan minyak zaitun untuk melembabkan wajah iaitu dengan mencampurkan minyak zaitun dengan perahan air lemon. Kemudian sapukan bahan-bahan tadi dimuka anda dengan lembut dan biarkan kering selama 30 minit dan bilas denga air.Lakukan secara konsisten sebelum tidur.

Lidah Buaya

Lidah buaya atau aloe vera memang sangat banyak manfaatnya untuk kecantikan, dan kesihatan kulit ataupun rambut. Manfaat yang boleh anda gunakan dari lidah buaya antaranya ialah mencegah rambut kering,melebatkan rambut dan memberi kelembapan pada kulit kepala.

Selain untuk rambut lidah buaya juga sangat bermanfaat untuk kulit seperti merawat kulit kering dan gatal. Caranya ambil gel lidah buaya yang didapat dari lidah buaya yang masih segar kemudian sapu secara rata dimuka hingga kering.Amalkan setiap hari sebelum tidur pasti anda akan dapat hasilnya.

Avocado/Alpukat

Buah avocado atau alpukat adalah pelembab kulit yang bagus utk kulit. Jika anda melakukan secara rutin harian pada wajah ,kulit akan semakain cerah dan bersinar.

Caranya amik isi buah avocado/alpukat.Hancurkan dan campurkan sedikit air.Jadikan ia sebagai masker.Sapu dimuka dan biarkan selama 15 minit kemudian bilas dengan air suam.

Pisang

Buah pisang selain terkenal dengan seratnya yang baik untuk pencernaan.Buah pisang memiliki manfaat untuk kecantikan kulit salah satunya iaitu mengatasi kulit kering.

Caranya cukup mudah ambil buah pisang, lenyekkan sehingga sebati kemudian campurkan dengan sedikit magic jelly dijadikan sebai mask.Jangan terlalu cair ya. Sapukan dimuka atau ditempat kulit yang kering dan biarkan sehingga 20 minit.Bilas dengan air suam dan lapkan dengan tuala muka yang bersih.Lakukan dua kali seminggu.

Kulit Kering Dan Gatal Sebab Alahan

Sekiranya anda mempunyai alahan seperti udang,sotong,belacan,dan makanan lain.Cuba kurangkan makanan tersebut.Paling penting,anda kena tahu anda alah dengan apa?Ini kerana.ada juga orang yang alah dengan habuk,sofa kulit,kain t shirt dan sebagainya.Anda boleh cuba tips yang ira share diatas,sekiranya tak sesuai,hentikan dan cuba berjumpa dengan pakar kulit.

Baca Juga : 3 Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Cepat

Ok itu sahaja sedikit tips cara mengatasi kulit kering dan gatal dari irra.Ingat bila anda cuba cara ini kenalah juga jaga pantangnya seperti elakkan berada dibawah matahari terlalu lama.

Selamat Mencuba!

Leave a Reply

Close Menu
× Boleh whatsapp untuk bantuan
×
×

Cart

%d bloggers like this: