9 Kebaikan Sauna Yang Ramai Tak Tahu

9 Kebaikan Sauna Yang Ramai Tak Tahu

Antara Kebaikan Sauna Untuk Tubuh Badan

Ramai yang masih tak tahu kebaikan sauna ni.Sebelum kita nak cerita kebaikan sauna,apa kata kita faham dulu maksud sauna.Jika dalam kamus dewan bahasa maksud sauna ialah mandi ~ mandi wap utk me­nyegarkan badan.Maksud kedua ialah bilik atau bangunan tempat mandi wap.

Kebaikan sauna ini sudah diketahui dari zaman tok nenek kita lagi.Kalau orang dulu-dulu selalu mandi wap dengan segala jenis herba yang mereka buat sendiri untuk mengubati penyakit.Zaman moden sekarang ini,servis begini hanya ada di spa dengan menggunakan teknologi terkini.

Sauna boleh digunakan dengan produk kecantikan lain seperti herba tradisional, aroma bau-bauan atau garam bukit pelangsing badan yang anda boleh beli dari farmasi. Apabila anda bersauna, haba atau steam yang keluar akan membuka liang-liang pori anda dan secara tidak langsung, ia akan membersihkan kotoran dan mengeluarkan minyak yang terembunyi di liang-liang pori anda.

9 kebaikan sauna

Kebaikan Sauna Bila Digunakan Secara Konsisten

Masih ramai yang tidak tahu bahawa bersauna merupakan satu amalan yang bagus untuk kesihatan badan. Selain dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan, jika diamalkan selalu, sauna juga membawa banyak manfaat terhadap tahap kesihatan fizikal.

Ritual atau rutin yang dilakukan semasa bersauna berbeza mengikut kesesuaian diri masing-masing. Namun konsep asas bagi terapi bersauna adalah untuk meningkatkan suhu badan dengan duduk dalam sebuah bilik panas yang lazimnya berada pada suhu 180 darjah Fahrenheit. Selepas 10 hingga 20 minit, iaitu apabila haba bilik itu mulai menjadi terlalu panas, seseorang itu akan menyejukkan badan samada dengan masuk ke dalam kolam renang atau mandi. Selepas berehat seketika, seseorang itu akan kembali ke bilik sauna dan rutin ini boleh diulang sekerap mungkin.

Prinsip utama dalam terapi sauna adalah untuk membuatkan badan berpeluh dengan banyak kerana ini akan dapat membantu mendetoksifikasi badan dan menenangkan minda. Antara kebaikan sauna kepada kesihatan diri adalah seperti berikut:

kebaikan sauna

1) Sauna dapat mengurangkan risiko penyakit jantung- 

  • Kajian perubatan memberitahu bahawa tekanan dalam kehidupan seharian kita boleh menjejaskan kesihatan kita secara negatif. Sebenarnya, kebanyakan penyakit (iaitu penyakit jantung) sering dikaitkan dengan tekanan. Mandi wap di sauna memberikan kelegaan tekanan dalam beberapa cara. Ia adalah ruang yang panas, tenang tanpa sebarang gangguan yang datang dari luar.Panas dari sauna melegakan otot badan, meningkatkan peredaran darah dan merangsang pembebasan endorfin. Endorfin adalah bahan kimia yang semulajadi, dan pelepasan endorfin memberikan kesan yang baik.
  • Menggunakan sauna 2-3 kali seminggu pada 174 darjah F mengurangkan risiko Penyakit Kardiovaskular Fatal sebanyak 27% dan 4-7 kali seminggu mengurangkan risiko sebanyak 50%.
  • Ia juga mampu mengurangkan risiko hypertension (tekanan darah tinggi) dengan penggunaan sauna yang biasa. Kajian selama 3 bulan, penggunaan sauna dua kali seminggu menunjukkan penurunan tekanan darah tinggi.

2) Sauna dapat melegakan otot dan mengurangkan sakit/sengal pada otot-otot dan sendi-

  • Penghasilan endorfin semasa sauna dapat melegakan kesakitan yang dialami oleh pengidap artritis serta mereka yang mengalami ketegangan otot selepas bersenam. Kenaikan suhu badan dalam sauna menyebabkan saluran darah mengembang. Hasilnya, peredaran darah akan meningkat dan ini akan membantu proses penyembuhan semulajadi badan.

3) Detoksifikasi –

  • haba yang dijana oleh badan sewaktu bersauna dapat menyingkirkan toksik yang berada di bawah kulit melalui peluh. Setiap hari kita terdedah kepada toksin samada dalam makanan atau persekitaran kita. Sauna dapat membantu badan kita mengdetoksifikasikan toksin tersebut. Satu kebaikan sauna yang popular ialah ianya dapat menyahtoksik badan kita.

4) Mengurangkan insiden Alzheimer sebanyak 65%-

  • Kajian selama 20 tahun yang dijalankan dengan lebih daripada 2,300 peserta di University of Eastern Finland oleh Dr. Jari Laukkanen dan rakan-rakannya menunjukkan penggunaan sauna tetap (4-7 kali seminggu) pada 176 darjah F selama 19 minit menurunkan risiko penyakit Alzheimer & Dementia.

5) Mengurangkan stress –

kebaikan sauna hilangkan stress

  • stress boleh menyebabkan kesihatan fizikal merosot. Malah ada banyak penyakit yang bersangkut-paut dengan stress.
    Penggunaan sauna boleh membantu tubuh dan minda menyesuaikan diri dengan tekanan dan mengurangkan risiko kemurungan dan gangguan mental yang lain.

6) Tidur yang nyenyak –

  • Kajian menunjukkan bahawa penggunaan sauna dengan kerap boleh menyebabkan penggunanya dapat tidur dengan nyenyak.Ini mungkin kerana antara kebaikan sauna yang dapat kurangkan stress(rujuk point diatas)

7) Dapat menghindar dan menyembuh penyakit selsema –

  • Penyelidikan perubatan Jerman menunjukkan sauna mampu mengelakkan dari penyakit selsema di kalangan penggunanya. Oleh kerana tubuh terdedah kepada panas sauna dan wap, ia menghasilkan sel darah putih lebih cepat, yang seterusnya membantu melawan penyakit dan membantu membunuh virus.

8) Kulit yang sihat dan licin –

  • sewaktu melakukan sauna, aliran darah ke kulit akan meningkat dan ini akan menyediakan lebih banyak nutrien di bawah kulit dan permukaan tisu. Hasilnya, kualiti kulit akan bertambah baik secara beransur-ansur.

9) Sauna Membakar Kalori –

  • Proses berpeluh mengunakan banyak tenaga. Tenaga ini diperolehi daripada penukaran lemak dan karbohidrat sewaktu proses pembakaran kalori. Penyelidikan perubatan mendapati seseorang itu boleh dengan mudahnya berpeluh sebanyak 500 gram dalam dalam satu sesi sauna, membakar hampir 300-400 kalori.

5 Langkah Berjaga-jaga Ketika Bersauna

Walaupun terdapat banyak kebaikan sauna,ada beberapa langkah yang perlu dititikberatkan
Untuk mengelakkan sebarang kesan kesihatan yang negatif,ikuti langkah berjaga-jaga seperti berikut:

  1. Elakkan penggunaan alkohol: Alkohol meningkatkan risiko dehidrasi, hipotensi, arrhythmia, dan kematian secara tiba-tiba.
  2. Had masa ketika bersauna: Jangan menghabiskan lebih dari 20 minit pada satu masa di sauna. Jika anda pertama kali bersauna, cuba habiskan maksimum 5 hingga 10 minit dulu. dah terbiasa dengan panas, anda boleh perlahan-lahan sauna selama 20 minit.
  3. Minum banyak air – Apa saja jenis sauna yang digunakan seseorang, adalah penting untuk menggantikan cecair yang hilang daripada berpeluh kesan bersauna. Anda harus minum kira-kira dua hingga empat gelas air selepas menggunakan sauna.
  4. Elakkan penggunaan sauna jika sakit: Orang yang sakit harus menunggu sehingga mereka sembuh sebelum menggunakan sauna. Wanita yang hamil atau mereka yang mempunyai keadaan perubatan tertentu, seperti tekanan darah rendah, harus bertanya kepada doktor sebelum penggunaan sauna.
  5. Mengawasi anak-anak: Kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas selamat menggunakan sauna, tetapi harus diawasi ketika melakukannya. Mereka perlu menghabiskan masa tidak lebih daripada 15 minit di sauna pada satu masa
portable sauna

Ramai diantara kita yang sudah tahu kebaikan sauna,tapi atas faktor kekangan masa untuk ke spa atau tempat sauna,tak kira lagi kos yang mahal,keinginan sauna terpaksa di tangguhkan dulu.Rutin harian yang sibuk dengan kerja,jaga anak,hantar anak sekolah,nak masak lagi juga menyebabkan ramai yang tiada masa nak bersauna.Mungkin ramai yang masih tak tahu tentang Portable Sauna.Anda boleh bersauna di rumah dengan menggunakan portable sauna.

Baca Juga : Kelebihan Portable Sauna Dan Promosi Stok Terhad + 10 Free Gift

Aktiviti mandi wap atau sauna selalunya dikaitkan dengan kecantikan kulit dan kuruskan badan. Tapi sebenarnya, kebaikan sauna bukan setakat itu saja, ia punya manfaat yang cukup besar untuk kesihatan tubuh. Biarpun begitu, ramai yang tidak punya pengetahuan tentang perkara ini. Semoga anda akan dapat pengetahuan tentang kebaikan sauna selepas membaca artikel di atas.

Jangan lupa share ya !

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Leave a Reply

Close Menu
× Boleh whatsapp untuk bantuan
×
×

Cart

%d bloggers like this: