Cara Diet Yang Betul Dan Berkesan Dalam Masa Seminggu

Cara Diet Yang Betul Dan Berkesan Dalam Masa Seminggu

Cara Diet Yang Betul-Seminggu Dah Nampak Kesan

Cara diet yang betul ini sangat berguna untuk mereka yang nak dapatkan berat badan yang ideal.Cara diet yang betul bukannya dengan tidak makan nasi dan sarapan pagi.Cara tersebut salah dan tidak betul.Cara diet yang betul ialah sentiasa mengamalkan makanan seimbang mengikut keperluan kalori dalam tubuh sesorang.

Keperluan kalori bagi lelaki dan perempuan ni tak sama.Ini kerana,lelaki lebih banyak mengeluarkan tenaga daripada perempuan,menyebabkan lelaki perlukan lebih kalori.Sebelum nak berdiet,langkah pertama ialah kita timbang berat badan terkini dahulu dan rekodkan.

Kalau tak timbang,macam mana nak tahu perubahan pada berat badan kita kan.Belila penimbang berat,yang murah-murah pun takpa.Yang kedua perlu ada pita pengukur.Tujuannya untuk ukur saiz pinggang dan perut kita.

cara diet yang betul

Cara Diet Yang Betul Mengikut Cara "Eat Clean"

  1. Sarapan pagi wajib! anda minum air putih segelas, sarapan 2 biji telor rebus dan sekeping roti wholemeal gardenia purple untuk lebih kenyang sampai lunch. Kalau lapar sebelum lunch, boleh makan sebiji epal hijau.
  2. Time lunch, boleh ambil segengam nasi atau satu senduk, lauk berprotein dan lebihkan sayuran. Nasi boleh makan beras putih kalau boleh beras siam atau beras basmathi atau beras perang. Ikut mana korang selesa. Jangan beras putih murah tempatan tu. Karbohidrat dan gula tinggi.Protein pula aku pilih bahagian dada ayam dan ikan yang tak digoreng. Cara masak, rebus, bakar dan grill. Cara Diet Yang Betul Air Fryer AF105 2.6L ayam bakar
  3. Sayur pulak aku pilih yang rendah kalori dan selalunya aku makan timun, broccoli dan bayam. Broccoli dan bayam tu aku rebus atau stim je.
  4. Makan malam kalau boleh sebelum jam 7 petang. Pandai-pandai la set alarm dekat handphone. Boleh ulang set hidangan lunch tadi. Kalau lapar sebelum 7 petang boleh makan buah.
  5. Buah-buahan yang terbaik untuk diet ni boleh ambil tembikai, nenas, epal hijau dan jambu batu. Jangan letak serbuk asam pula. Ada gula dalam tu.
  6. Sebelum tidur makan sepotong atau sebiji buahan-buahan.
  7. Hari Sabtu dan Ahad waktu pagi perlu jogging/berbasikal selama 30 minit ke 1 jam.
  8. Elakkan air manis, coklat, aiskrim, makanan bertepung berminyak, fast food dan kerepek.
  9. Setiap malam lepas balik kerja,amalkan bersauna untuk keluarkan peluh dan toxic dalam badan selama 15-20 minit.Tak perlu la nak pergi spa,sauna di rumah pun dah cukup.Motif utama ialah nak bakar kalori dan keluarkan peluh.

Baca Juga: Kebaikan Sauna Yang Ramai Orang Tak tahu

Amalan Cara Diet Yang Betul Dan Berkesan Perlu Konsisten

Macam tu lah,jika konsisten selama 7 hari berat badan boleh turun sampai 1.5kg/ seminggu.Kalau sebulan dah berapa banyak boleh turun tu.Paling penting,air masak 2-3 liter cuba habiskan dalam masa 1 hari tu.

Korang kena sediakan jadual pemakanan dan tampal dekat dinding atau buat saja dalam handphone. Kalau boleh buat atau bawa bekalan makanan tu sendiri ke tempat belajar atau kerja.Diet ni bermaksud makan makanan yang sihat, bukan tak makan langsung. Nak turun berat badan kene jaga pemakanan.

Selain tu korang juga boleh ambil makanan tambahan untuk elakkan perut rasa lapar dan mulut asyik nak makan. Boleh makan Green Cofftea sebiji setiap pagi. Cepat rasa kenyang walaupun makan sedikit makanan.Boleh juga try minum kopi tanpa gula,mengikut kajian kafein boleh kurangkan berat badan.kafein yang akan merangsang sistem saraf dan membuatkan seseorang itu aktif dan sekali gus akan membakar lebih banyak kalori dalam badan.

green cofftea
Susahnya Cara Diet Yang Betul Ini ?

Memang susah pun,lagi satu kos tinggi.Sebab apa kos tinggi?
Yelah sarapan pagi pun dah berapa ringgit kan,telur 2 biji,roti lagi.Biasa kita makan nasi lemak baru Rm1.50-Rm2.00 jek.Tapi tulah,nasi lemak kandungan kalori nya tinggi.Kolestrol pun banyak.Macam ikan bakar atau ayam bakar,bukannya murah kalau kat kedai makan.Murah lagi ayam goreng kan.Hahaha

Sebab tu ramai yang menangguhkan hasrat untuk berdiet.Last-last terpedaya dengan produk kurus,terus beli.Dah beli menyesal,sebab takda kesan.Selepas tu marah sebab produk tak berkesan.

Sebenarnya,produk-produk kurus yang ada di pasaran tu ada yang berkesan,tapi ianya takkan menjamin apa-apa kalau anda tidak jaga pemakanan dan buat cara diet yang betul.Produk tersebut hanya membantu mempercepatkan sahaja,bukan hanya telan pil dah boleh kurus.

Disebabkan ramai yang malas melakukan cara diet yang betul,akhirnya sampai sekarang masih tak dapat berat yang diinginkan.Kita kena betulkan mindset kita sebelum nak diet.Kalau kita diet sebab nak kurus sahaja,selepas dah kurus kita pun melantak tak ingat dunia.

cara diet yang betul dan berkesan
Masalah Obesiti Kerana Tidak Mengamalkan Cara Diet Yang Betul

Tujuan asalnya bukan semata-mata nak kurus sahaja.Tapi lebih kepada pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat.Seperti yang kita tahu Kebanyakan punca utama kepada kematian di seluruh dunia adalah disebabkan gaya hidup dan pengambilan diet yang kurang sihat.

Berdasarkan National Health and Morbodity Survey III
(2006), masalah obesiti meningkat 240 % daripada tahun 1996. Pada peringkat ini, masalah
obesiti di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding negara-negara lain seperti Perancis (7%) dan United Kingdom (9 %) (Rampal, 2007). Sebahagian penyakit berkait rapat dengan pengamalan
diet dan gaya hidup kurang sihat.

Berdasarkan Malaysian Adults Nutrition Survey II (2003), kebanyakan populasi dewasa di
Malaysia mengamalkan gaya hidup kurang sihat (sedentary lifestyle). Hanya 14.4%
mengamalkan gaya hidup yang aktif di mana 19.5% dikalangan lelaki dan 9.1% di kalangan
wanita (Poh et al. 2008). Laporan National Health Modity Survey III (2006) melaporkan 5.5 juta rakyat Malaysia adalah tidak aktif secara fizikal iaitu 43.7%. (NCCFN, 2010).
Sumber 

Baca Lagi : Kelebihan Sauna Di Rumah Mampu Membakar Kalori Lebih Cepat

Disebabkan masalah obesiti yang semakin meruncing di negara kita,mulai hari ini apa kata kita amalkan cara diet yang betul dan jaga pemakanan serta ubah gaya hidup lebih sihat.

Leave a Reply

Close Menu
× Boleh whatsapp untuk bantuan
×
×

Cart

%d bloggers like this: