Tips Kurus Cepat Tanpa Guna Sebarang Produk Kurus

Tips Kurus Cepat Tanpa Guna Sebarang Produk Kurus

Tips Kurus Untuk Lelaki Dan Perempuan

Tips kurus ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang inginkan berat badan yang seimbang dengan ketinggian masing-masing.Tips kurus ini tak sesuai untuk mereka yang tidak tahan nafsu makan dan takda niat nak kuruskan badan langsung.Tips kuruskan badan ini sesuai untuk lelaki dan perempuan.

Sudah tentu,berapa banyak tips kurus pun kita baca,tetapi jika kita tak amalkan ianya hanya sia-sia.Anda perlu ada semangat yang kuat untuk kuruskan badan.Sebaiknya,ajak kawan-kawan terdekat atau suami/isteri join sekali ubah cara hidup yang sihat.Sediakan target dan sama-sama amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat melalui tips kuruskan badan ini.

Anda kena tahu,produk kurus yang ada di pasaran sekarang ini hanyalah boleh membantu mempercepatkan sahaja.Jika anda tak ubah pemakanan dan gaya hidup,makanla apa jenis produk kurus pun,pasti tiada kesan yang baik.Malah,produk kurus tersebut mungkin mendatangkan kesan buruk pada badan anda.

tips kurus

#1) Ketahui Kalori Harian Anda
Apa itu kalori?

Kalori sebenarnya ialah unit ukuran untuk tenaga.

Adakah kalori penting?
Ya. Tubuh badan manusia memerlukan kalori untuk menjana tenaga, namun masalah akan timbul sekiranya kuantiti kalori yang diambil terlalu banyak dan tidak dibakar. Apabila makan terlalu banyak dan ini menyebabkan jumlah kalori melebihi keperluan yang sepatutnya tubuh anda perlu, maka makanan tersebut akan bertukar menjadi lemak yang tersimpan dalam badan sekiranya tidak dibakar atau bersenam. Inilah penyebab berat badan bertambah dan ianya bahaya untuk kesihatan.

Terlalu banyak cara untuk anda ketahui tahap kalori dalam makanan anda,dan bagaimana cara nak kawal.Kini anda dah boleh download apps di google untuk ketahui dan kawal kadar kalori yang anda perlukan.Boleh tengok sini

Menurut kajian pakar diet, jumlah kalori yang diperlukan (Daily Calorie Requirement) oleh lelaki dewasa adalah 2000 hingga 2500 kalori sehari. Bagi wanita dewasa pula adalah antara 1600 hingga 2000 kalori sehari.

Contoh mudah,untuk lelaki sekiranya berat badan anda sekarang ialah 85kg.Umur 18-35 tahun,anda memerlukan 3200kcal (kalori) untuk badan anda.Bagaimana anda nak kuruskan badan?

Caranya anda kena turunkan kalori yang diambil daripada 3200kcal kepada 2000-2500kcal sehari.Tapi sudah tentu la tak boleh turunkan mendadak macam tu sekali.Perlula step by step.Mula-mula kurangkan la jadi 3000kcal sehari dulu.Dah ok baru turunkan lagi.

Tips Kurus - Macam mana nak kira kalori yang ada dalam makanan harian?

Banyak dah jadual pemakanan dan tips kurus ada di google ni.Salah satunya dari Kementerian Kesihatan,anda boleh download kat SINI 

Ok,walaupun anda dah berjaya,turunkan kalori.Ianya masih belum cukup.Apa nak buat dengan kalori yang sudah bertahun dalam badan anda,yang kini sudah menjadi lemak tepu?Huhu

Baca Juga: Kelebihan Sauna Di Rumah Mampu Membakar Kalori Lebih Cepat

tips kurus senaman

#2) Buat Senaman (Berjalan atau Berjogging)

Anda tahu tak? Senaman boleh membakar kalori dengan cepat?

Ramai yang tak tahu,berjogging selama 1 jam mampu mebakar 600 kalori.Tapi siapa yang mampu dan sanggup berjogging selama 1 jam. Ia adalah satu perkara yang sangat sukar bagi orang biasa, apatah lagi mereka yang mengalami masalah berat badan.

Untuk permulaan,tak perlula anda jogging sehingga 1 jam,kalau dapat 20 minit pun dah ok.Sebab kita jangan fokus pada jogging sahaja.Aktiviti seperti memasak,tengok tv,tidur dan kemas rumah juga mampu membakar kalori.Jangan nak kuruskan badan dalam tempoh singkat.

Tujuan utama ialah amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat.Maksudnya konsisten lakukan.Bukannya bila dah kurus,tinggalkan amalan tersebut.Kalau dah tinggal,confirm la gemuk balik.Huhu..

tips kurus senaman skipping
  1. Skipping – Skipping atau melompat selama 15 minit dalam sehari mampu membakar lebih 100 kalori.
  2. Mengemas rumah – Mengemas rumah selama 40 minit dapat membakar 100 kalori.
  3. Bermain boling – Bermain boling selama 30 minit dapat membakar 100 kalori. Tetapi anda harus mengurangkan memakan snek semasa bermain boling.
  4. Berjalan kaki 20 minit – Berjalan kaki selama 20 minit atau pun 2000 langkah dapat membakar 100 kalori.
  5. Tidur – Anda boleh membakar 100 kalori semasa tidur jika anda menambah dua hingga 5 pound berat otot anda. Bagaimana? Tambahkan pengambilan protein anda dan bersenam di gym.
  6. Menari – Menari selama 20 minit dapat membakar 100 kalori badan anda.
  7. Membasuh/melipat/gosok baju – Habiskan masa selama 45 minit dengan mencuci, menyidai dan menggosok pakaian anda dan anda boleh membakar 100 kalori.
  8. Masak – Luangkan masa selama 40 minit dengan memasak – bermula dari penyediaan barang, sesi potong-motong, masak sehinggalah hidang di meja makan dapat bakar 100 kalori.

Mudahkan? Jom amalkan tips kurus ini dengan gaya hidup sihat

#3) Banyakkan Minum Air Masak

Tips kurus yang ramai tak buat ialah sehari kena ambil 2-3 liter air masak.Bukannya air yang bergula.Beli botol air yang 2@3 liter dan isi dengan air masak,kemudian bawa pergi office.Yang mana surirumah tu simpan dalam petiais la..hahaha.

Cuba habiskan air tersebut dalam 1 hari.Mudah kan?

Memangla kita akan kerap kencing,lagi-lagi yang kerja kat office yang ber-aircond.Tapi ianya bagus untuk badan kita.

Jika anda dah biasa minum kopi pada waktu pagi dan malam,cuba kurangkan gula.Daripada 2 sudu jadi 1 sudu,lama-lama cuba takyah letak gula langsung.Orang Malaysia jek yang suka minum kopi letak gula dan susu manis.

Paling pantang sekali ialah Teh Tarik,bukan saja manis dan banyak gula,teh tarik juga boleh jadi punca pada penyakit kencing manis.Jadi cuba elakkan,kalau dah teringin sangat bolehla minum sekali je sebulan.

#4) Banyakkan Makan Buah

Terlalu banyak buah-buahan yang berkhasiat. Buah-buah tropikal ini sangat mahal di negara asing. Cara kuruskan badan yang efektif ialah dengan makan buah-buahan tempatan. Bukan epal hijau atau blueberry sahaja, buah-buahan seperti pisang dan nenas terlalu banyak khasiat. Selain nutrien, buah-buahan membekalkan vitamin dan anti-oksidan untuk badan kita agar kekal sihat.

tips kurus cepat

#5) Elakkan Makan Waktu Malam

Seeloknya, makan sebelum/selepas Maghrib. Ini kerana badan kita memerlukan 4 jam untuk menghadamkan makanan. Bayangkan makan pukul 10 malam, anda kena berjaga sehingga pukul 2 pagi. Kalau terus tidur pukul 12 malam, alamatnya jadi lemak.

Kalau dah lapar sangat,minum jelah air kosong banyak-banyak sampai kembung.

#6) Say “No” to Fast Food

Makanan segera seperti Mcd,Kfc,Piza ni tak payahla makan,sebulan sekali oklah.Itupun lepas dah makan kena extra work out la untuk bakar balik kalori yang terhasil daripada makanan segera ni.

Selalunya mereka yang kerja di office selalu makan fast food ni,seminggu tu adala 2 ke 3 kali,betul tak? antara sebabnya restoran fast food ni sejuk,ada aircond.Restoran nasi campur biasanya panas kan.Ala saya tahula.Hehehe

#7) Konsisten

Apa-apa yang kita nak lakukan perlu konsisten untuk berjaya.Sebab tu sebaiknya ajak kawan-kawan,supaya kita tak bosan buat sorang-sorang.kalau rasa giveup tu adalah kawan yang bagi kata semangat.Kalau nak amik coach training pun ok juga.Tapi kene bayaran la kan.

Baca Juga : Cara Diet Yang Betul Dan Berkesan Dalam Masa Seminggu

Semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat pada anda.Jom sama-sama kita amalkan tips kurus ini sehingga mendapat berat badan yang ideal.

Leave a Reply

Close Menu
× Boleh whatsapp untuk bantuan
×
×

Cart

%d bloggers like this: